Monday 5 August 2013

NK XJAGE SAYE?

Assalamualaikum.. <3

just nk share.. :)

saya tak cantik tak comel rupa, tapi saya pandai masak enak di rasa, boleh lah buat isi perut kita, tak perlu makan kedai bila kita dah tua.
saya tak pandai bergaya ala diva ternama, tapi saya pandai menjahit cantik di mata, boleh lah bila sesak koyak tiba-tiba, takde la gelabah marah tak tentu hala.
sya bukan perempuan bijak tahu segala, tapi saya tahu memandu kereta, boleh la ganti awak bila kita berdua, takde lah awak penat pandu seorang sahaja.
saya mungkin sensitif tak semena, tapi saya tak cepat gelabah cool sahaja, tapi kadang-kadang saya cepat pelupa, awak nak tak jaga saya?
saya memang bukan perempuan tipikal, yang mengharap lelaki sempurna, kalau awak mampu buat saya rasa bahagia, saya rasa awaklah jodoh saya.
saya tak cantik, saya tak sempurna, saya cepat gemuk bila tak dijaga, saya hati tisu menangis je kerjanya, saya kuat tidur sampai bengkak mata, saya bukan list perempuan idaman semua.
tapi, awak nak tak jaga saya? terima saya yang dah gemuk bila dah tua? tolong kejut saya kalau saya tidur tak terjaga? pujuk saya kalau saya menangis tak semena?
saya memang tak ada apa-apa, saya cuma ada hati yang ikhlas terima awak, cinta yang cukup besar untuk awak, dan ruang yang luas dalam hidup saya untuk awak seorang.

No comments:

Post a Comment